Dec 17, 2024 - FASSelangor FC akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi perlawanan minggu ke-17 Liga Super 2024/25 menentang Perak FC pada jam 8:30 malam ini.
Ini merupakan pertemuan ke-165 di antara #PRKSFC. Gergasi Merah telah memenangi 91 perlawanan dan seri 23 seri. Selain itu, 309 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang The Bos Gaurus adalah dalam pusingan pertama saingan Liga Super musim ini keputusan kemenangan milik Gergasi Merah 2-1.
Menurut Katushito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan perlu fokus kepada perlawanan ini dan yang akan datang.
“Sebagai seorang jurulatih, polisi saya adalah untuk hanya menurunkan pemain yang cergas dan bersedia, bagi memastikan kita dapat elakkan sebarang masalah atau komplikasi daripada berlaku. Walaupun pasukan kita telah tersingkir dari dua kejohanan besar, kita perlu pandang ke hadapan. Malam ini, misi pasukan jelas: berikan yang terbaik, terus bergerak ke hadapan, dan kumpul mata sebanyak yang mungkin. Para pemain akan kekal positif, komited, dan fokus pada peluang yang ada di hadapan,” tegas Kinoshi.
Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL), Nikola Jambor pula sedang menjalani sesi pemulihan untuk kecederaan hamstring dan Ali Olwan pula dalam sesi pemulihan daripada pembedahan apendiks. Selain itu, Khuzaimi Piee masih bersama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024. Selain daripada mereka, pemain-pemain lain sedia untuk diturunkan untuk perlawanan malam ini.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan terus kekalkan momentum kemenangan. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!